Pada tengah malam rabu lepas bermulalah satu anime senget yang selama ini aku dok tunggu2 iaitu Maria-sama ga miteru ataupun omputeh tulis sebagai Maria watches over us. Anime ini ditayangkan di saluran Animax (Astro 25) pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 12 tengah malam. Tapi sayangnya anime ini tidak diberi subtitle, maka kenalah mengorbankan prinsip mesti tgk anime jepun aku, dengan mendengar English dubbing.. cheh!
OKlah... Cerita ini serba sedikit menceritakan tentang satu sekolah yang dinamakan sebagai Lillian Catholic Schools for girls. Kiranya kat sekolah ni semuanya pompuan la.. Best mmg best. Sebab anime pompuan ni kalau tak senget pun at least dapat la chuchi matoo! OK, sebelum anda semua boleh tengok cerita ni, aku rasa ada baiknya aku bagi sedikit pengenalan supaya anda semua tidak tersesat apabila menontonnya nanti.
Sekolah Lillian ni ada satu sistem kakak-adik angkat yang dalam cerita ini digelar sebagai Seour System. Seour bermaksud sister dalam bahasa perancis. Jadi, cikgu tak payah la nak teruk-teruk guide budak2 baru sebab ada kakak2 yang boleh guide.
Di sekolah ni juga ada tiga rumah (style macam rumah sukan la kot). Rumah merah, yang simbolnya adalah bunga ros merah, dikenali sebagai Chinensis. Rumah putih, simbolnya ros putih, digelar Gigentea. Last sekali rumah kuning, simbolnya ros kuning(duh!) yang digelar Foetida.
Setiap satu rumah ni ada ketua. Ketua2 ini mendapat gelaran Rose.
So, ketua untuk rumah ros merah digelar Rosa Chinensis,
ketua rumah putih, Rosa Gigantea, dan
ketua rumah kuning? Rosa Foetida.. pandaiii...
Ketua-ketua rumah ini juga merupakan ketua bagi pertubuhan pelajar di sekolah ini. Pertubuhan pelajar yang ada itu digelar sebagai Yamiyurikai. Maka, anggota Yamiyurikai adalah tiga orang rose. Tapi takkan la satu pertubuhan tu tiga orang je ahli kan? Mati la tak cukup undi.
So, adik2 angkat kepada Roses yg tiga ini pun diambil kira sebagai ahli jugak. Adik2 angkat punya gelaran ialah Rosa en bouton. en bouton tu maksudnya dalam kudup bunga lagi la, masih belum memekar. So, kita dah ada tiga en bouton iaitu Rosa Chinensis en bouton dan yg lelain lagi (maleh aku nak taip).
Lepas tu, Rosa en bouton ni pun akan ada adik angkat jugak kan? Adik angkat tu pun boleh ikut sama dalam pertubuhan pelajar ini. Adik kepada Rosa en bouton digelar Rosa en bouton petite seour. Petite seour ni maksudnya acam little sister la.
Adeh, jenuh menerangkan struktur sekolah ni. Skrg aku nak cerita plak pasal perjalanan cerita sepanjang dua episod yang aku tengok.
Perjalanan cerita pada awal2 ini banyak berkisar pada budak baru masuk yang bernama Yumi Fukuzawa. Dia dalam dilema kerana telah dilamar untuk menjadi petite seour oleh seorang kakak tahun 2 yang paling giler babas cun melecun glamer gaban kat sekolah tu, yang bernama Sachiko Ogasawara . Jadi skrg ni dia tgh dok pikir2 samada nak terima atau tidak. Sbb lamaran itu juga diragui lamaran Sachiko itu tidak ikhlas. Tapi dalam masa yang sama Yumi memang sungguh2 meminati kakak Sachiko nih. Dan sebab Sachiko adalah Rosa Chinensis en bouton, maka Yumi pun dapat la berkenalan dengan kakak2 kendu dalam Yamiyurikai itu..
Dan seterusnya kita mungkin akan dihidangkan dengan kisah2 kakak2 dan adik2 yang lain yang kemungkinan mempunyai subtext kesengetan yang menebal, ataupun yang memang betul2 senget!
Wednesday, March 07, 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)


