Friday, January 05, 2007

Tentang Michiru & Haruka

Berdasarkan pasangan yang menjadi kegilaan aku di bawah, aku hendak mulakan satu persatu merapu mengenai mereka. Aku mulakan dengan pasangan numero uno yang menjadi kegemaran aku, iaitu di antara Michiru dan Haruka.









ini macam punya bayekk peluk, takkan tak kapel kot..
puik puik..








Haruka Tenoh, hanya berumur 16 tahun dan seorang yang atletik, mula muncul dalam Sailormoon S (musim ke-3), sebagai seorang pelajar perempuan yang lebih gemar memakai pakaian seragam sekolah lelaki. Tambahan pula dengan keadaan tubuh badan dan ketinggiannya, jantina Haruka telah disalahtafsir oleh Usagi dan juga Minako. Apabila Haruka masuk ke dalam Crown Game Center, mereka berdua menyangka Haruka adalah seorang lelaki tampan. Tidak lama selepas itu, Michiru pula manyusul Haruka, dan mengajaknya pulang dari pusat permainan tersebut.

Kehadiran Michiru membuatkan Usagi dan Minako secara terang-terangan menspeku bahawa mereka ada pasangan yang sedang bercinta. Tambahan pula, sepanjang perbualan Haruka dan Michiru langsung tidak mengenakan imbuhan pada akhir nama (honorific). Masyarakat Jepun memang akan mengenakan imbuhan pada akhir nama sebagai tanda hormat, seperti -chan, -san, -kun, dan sebagainya. Sesiapa yang tidak menggunakan imbuhan ini dianggap sangat akrab dan terlalu rapat. Ini juga menyumbang kepada spekulasi yang difikirkan oleh Usagi dan Minako, dan juga kita semua penonton siri tersebut. Lagipun, mereka berdua memang kelihatan sungguh cantik bersama, bagai pinang dibelah dua.

Walaupun setelah identiti Haruka sebagai seorang perempuan telah didedahkan di dalam episod yang sama sewaktu kemunculan pertamanya, penonton tetap dapat melihat keakraban di antara dia dengan Michiru.

Pertemuan pertama Haruka dan Michiru juga ada diceritakan dalam musim ketiga. Pertemuan mereka dibantu oleh Elza Grey, seorang pelari sekolah yang sama-sama bersaing dengan Haruka. Alkisahnya, Michiru sungguh teringin untuk menjadikan Haruka sebagai model untuk lukisannya. Namun setelah beberapa insiden yang berlaku, Haruka akhirnya bersetuju untuk menjadi model untuk lukisan, dan dalam masa yang sama, berjuang untuk mempertahankan Ratu Serenity (Sailormoon/Usagi) dan juga kerajaan Bulan Putih (White Moon).

Sepanjang perjalanan dalam musim ke-3 siri sailormoon ini, terdapat beberapa insiden dalam anime yang cuba memperlihatkan mereka berdua ini adalah sepasang kekasih. Di antara perkara-perkara yang aku rasa memang mengesahkan hubungan mereka adalah seperti berikut:
  1. Kesanggupan Michiru untuk mati demi mempertahankan Haruka
  2. Kesanggupan Haruka untuk menerima takdirnya sebagai seorang pejuang sailor di sisi Michiru, walaupun dia seorang yang degil dan keras hati.
  3. Mereka tinggal berdua di dalam sebuah rumah yang amat besar
  4. Haruka agak cemburu apabila Michiru menerima bunga dari pelajar di kelas lukisannya
  5. Kalau korang dengar dialog mereka berdua, memang sungguh berbaur gurauan pasangan kekasih

Namun, dalam musim ke-3 hanya hint sahaja yang diletakkan, yang membiarkan penonton hanya meneka dalam kesamaran. Akan tetapi, aksi dan dialog yang lebih berani mula ditonjolkan apabila watak mereka berdua muncul kembali di dalam sailormoon musim terakhir (ke-5); Sailormoon Sailorstars.

Di dalam musim ke-5 ini, kemunculan yang pertama mereka berdua, adalah semasa mereka berada di tempat akuarium ikan. Memang kalau dilihat kawasan itu penuh dengan pasangan lelaki dan perempuan yang bercinta. Tup-tup, ada pula mereka berdua. Lebih menggembirakan peminat cinta antara wanita, adalah dialog yang dituturkan oleh mereka berdua. Bunyinya (setelah diterjemah oleh aku) lebih kurang begini...

Michiru: Aku suka macam ni.
Haruka: Betul, memang best tengok ikan-ikan ni.
Michiru: Jangan jadi bodoh la. Aku bukan cakap pasal ikan...

Selepas bercakap, Haruka buat muka blurr, Michiru plak tergelak dengan penuh comel sambil menutup mulutnya dan berlalu pergi. Kepada sesiapa yang tak faham, sebenarnya Michiru maksudnya yang dia suka ialah berdua bersama dengan Haruka. Memang seawal musim lagi 'affection' di antara mereka berdua telah ditunjukkan.

Sebenarnya banyak lagi rasa kecintaan yang ditunjukkan oleh mereka berdua. Memang payah untuk menidakkan bahawasanya Haruka dan Michiru memang pasangan senget, yang pada aku adalah icon sepasang kekasih yang sama cantik, sama berjaya dan juga sama hebat.

5 comments:

Anonymous said...

aiyooh, sweetnya michiru-haruka ni. kalau baca komik atau nonton cd nya, mesti lagi grr grr kan kapal kan :)

Anonymous said...

pergh... mmg haibat diorg ni pires. Aku kalu nonton mmg boleh tenggelam di alam diorg. haha..
tanya la dgn leen, dia byk pengalaman. huhu

Anonymous said...

michiru-haruka,aisey..best gile dorg nih...aku memang menyengih memanjang..lagi-lagi dalam season 5-sailorstar..
Starlight pun best..Star Healer,Star Fighter, n Star Maker...macho sey..best nengok dorg usik2 selemun...fuh..skarang pun ade sailormoon real punye..bukan anime..lagi best..awex jepun comey2 g2..
Make-Up!

Anonymous said...

luna,
klu nak tgk selemun yg bebetul punya tu camna nak dpt? tp klu org betul tu tidak sechantek michiru, aku taknak tgk. hehehe

Anonymous said...

cantek wei..tapi rambut dorg xde la mcm michiru...aku baru beli part 1...cd cetak py...xd subtitle malay@english la...tapi aku beli gak...wat2 paham je la base jepun tu..wahaha..

aku rase la...byk pemintaan siri selemun kat jepun uh...tu yg dorg wat yang real plak..kat mesie ni...dak2 suke r...aku pun dak2 lagi!