Partner aku bgtau, aku boleh buat PHD dengan warna berterbangan kalau menulis pasal katun Sailormoon. Aku tak pasti la pulak. Tapi sememangnya kalau aku dah mula bercerita pasal anime yg mula ditayangkan pada tahun 90'an tu, sememangnya aku tak boleh berhenti. Ada saja yg boleh aku cakap, tulis, gelak maupun bebel. Maka untuk mengelakkan ada manusia yg rasa tertekan sebab aku terlalu banyak bercerita pasal Sailormoon, terciptalah blog ini.
Kepada yang kali pertama masuk ke sini. Selamat datang aku ucapkan. Di sini merupakan tempat untuk aku memuaskan rasa hendak bercerita yang amat sangat berkenaan Sailormoon yang sememangnya telah lama bersakar dalam dada aku ini.
Tapi sekiranya aku tulis mengenai Sailormoon sahaja memang sudah tentu lah ada masa aku akan kehabisan idea. Maka blog ini aku dedikasikan untuk anime lain, rancangan2 TV dan jugak filem2 yang di'lampau-obses' oleh aku, termasuklah Buffy the Vampire Slayer dan The L Word.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment