Sekarang, biarlah aku bercerita tentang sebab utama aku menjadi 'lampau-obses' dgn Sailormoon.
Sebenarnya memang sejak musim kedua versi anime ini; Sailormoon R; mula ditayangkan pada tahun 1999 di RTM 2 aku sudah mula menjadi penonton. Tapi pada masa tu tak ada rasa minat yang terlebih mendalam. Setakat menjadi penonton setiap pagi ahad selepas sarapan pagi. Sebenarnya waktu itu lebih kepada menjadi peneman setia adik bongsu aku yg baru masuk darjah tiga.
Tapi setelah musim ke 3 ditayangkan, aku mula mengenali satu watak yang dikenali sebagai Haruka Tenoh. Haruka, yang memiliki alter-ego sebagai Sailor Uranus, merupakan seorang 'cross dresser' yang sentiasa dberdamping dengan Michiru Kaioh. Michiru pula adalah seorang pelajar yang digambarkan sebagai sangat cantik dan sempurna dalam segala segi. Orientasi seks mereka yang diragui sebagai homoseksual itu sebenarnya yang menarik minat aku untuk terus mengambil tahu berkenaan anime ini.
Sementelah daripada itu, aku terus melakukan kerja2 pencarian maklumat mengenai anime ini di internet. Dari situ aku dapati banyak perkara yang tersirat di dalam anime ini yang berkait dengan faktor persahabatan, kasih sayang, feminism, homoseksualiti dan juga astronomi.
Disebabkan limpahan faktor2 ini sebenarnya yang menarik minat aku untuk bukan sahaja menonton tapi juga untuk menganalisa isu2 tersirat dan sebarang kebetulan yang dipaparkan dalam anime ini.
Tapi apa yang aku analisa mungkin tidak sama dengan apa yang dianalisa oleh penganalisa yg bertauliah. Ini adalah disebabkan oleh kerana aku lebih suka memfokuskan kepada isu feminism dan orientasi seks setiap senshi. Memang, aku mengaku. Memang aku kapelkan semua senshi2 tu. 10 wanita jelita, 5 kisah cinta.. hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
rasa-rasanya, sailormoon ni terasa lebih menarik bila diulas dalam bentuk tulisan cam kapal wat ni. mungkin sebab sambil baca, sambil terbayang muka kapal yang amat2 teruja bercerita.hehehehehe..
tapi kalau transformers, pires tetap minat kartun & movie dia (^_^)
"transformers, robot in disguise"
hehehe... apada pires. Nnt aku bubuh gambo bebudak selemun... supaya bleh terbayang muka2 diorg tu. hehehe
Post a Comment